May 11, 2013

Food, glorious food!

Tak tahu la apsal sungguh tak rajin nak update blog. Since my parents went back, I just don't have the mood. Nak masak pun malas. Tapi makan sentiasa rajin:)

Btw, we went out last week & had the best cheese cake in the eastern region.  Keke! According to my hubby & I lerrrrr. Most of the cheese cake we've tried here tasted more like sponge cake. Yang nih memang enak! Hopefully they will open a full restaurant here soon.

Will update properly bila mood datang:)

May 01, 2013

Projek Jahitan

Alya's graduation ceremony is coming soon. Cikgu suruh bawa skirt, pink t-shirt & head scarf. Kata si Alya untuk French Class' spring dance. Baju & skirt tuh dah beli. Pasal scarf tuh susah skit.

Pic from here
Cikgu suruh bawak macam nih. Rupa macam tudung akak pakai mengaji zaman 80an ajer! Kekeke! Tapi susah la nak cari yg sesuai. Kalau jumpa pun mahal, lebih dari SAR50. Nak pakai sekali ajer:)

I decided to make it myself. Masalahnya, skill menjahit setakat Form 3 kelas Ekonomi Rumah Tangga. Mesin jahit pun tak der. According to the site, it will take 5 minutes to do it. Dapat ke mak Alya, sejam setengah baru siap! Hahaha! Dah la jahit tak kemas. Try ambik gambar fokus pada jahitan, tapi camera tak canggih, so tak nampak sangat:) Kalau cikgu ERT, Mrs. Sinnathamboo tengok, sure kena ketuk tangan.
 
Dah siap, Alya kata baju orang lain ada glitter pulak. Jadi, hari minggu ni, kena jahit manik nampaknya. Baru  buat enam biji, kepala dah pening:) Walaupun tak berapa pandai menjahit, I actually enjoy doing this. Ada la bagi hint kat hubby nak beli mesin jahit, tapi dia kata kalau setakat nak buat hiasan bilik stor, tak payah lah...hehehe! Dah tahu sangat minat bini dia bermusim...

April 23, 2013

A Weekend in Riyadh

Lama blog nih berhabuk:) Maklumlah...ada tetamu di rumah... Kekeke! Btw, my parents were here for only 3 weeks, so we had to plan their itinerary carefully. Dah la anak dia tak boleh drive kan. Nak pergi mana2 pun kena tunggu menantu balik atau naik bus compound jalan2.

Since kitorang nak kena ambik passport kat embassy in Riyadh, we decided to postpone until they are here. Dapatlah tengok tempat lain dari kampung yang kitorg duduk tuh.

The journey took us close to 5 hrs. Lama  skit sebab bawak dua orang budak yg tak reti nak duduk diam dalam kereta lama-lama since sepanjang jalan, cuma nampak pasir! 
 Rest stop sini memang sedih. Cuma ada surau, mini market, petrol pump & restoran yg cater mostly for truck driver. Toilet nya, agak teruk. Ada sekali Alya sampai termuntah sebab kotor sangat tapi terpaksa masuk sebab dah tak tahan nak pee:(

Nih la rupa most  of the rest stops. Btw, there's one good R&R closer to Riyadh. Yang tu ada Burger King, Baskin Robbin & few other restaurants. Punyalah happy bila dah sampai situ, lupa nak ambik gambar:)

Alhamdullillah, the apartment we booked was decent & has a kitchen with all the appliances. Tapi sesat barat cari sebab cordinate yg dibagi salah. We rented an apartment with 3 bedroom at Al-Janaderia 7. It was quite a good deal for SAR500 per night. Tapi kalau tak der transport, jauh juga dari mall & kedailah.


Agenda pertama, pagi2 pergi Embassy. It is situated at the Diplomatic Quarters. Dengarnya expat mat salleh kat Riyadh suka duk sini since tak yah pakai abaya dalam area & they have more freedom:)


One thing I like here is there's a lot of parks. The kids love it too. Sudahnya, tengahari buta dorang duk main kat playground:)

The park is beautiful, siap ada bunga raya:)




Since it was getting hotter, we decided to go to the Kingdom Mall. Budak2 ni & bapaknya pergi naik  Kingdom Tower, orang pompuan pergi tawaf kedai masa nih:) Kata diorang tak der sapa pun atas tuh. So, budak2 ni buat macam rumah sendiri, panjat merata-rata. kekeke!


The view from the top. Tak berapa clear & dusty sebab minggu tuh banyak kali sandstorm.



The next day, we went to the Musmak Castle...continue Part 2 plak la...hehehe... nak kena buat laundry yg menimbun tuh. Berjalan memang best, bila balik kena buat laundry tuh yg tak best:)

April 05, 2013

Mari Belajar Bahasa Malaysia

I saw a friend's status on FB that she is teaching her kids BM even though they've lived all over the world their entire life. Masa tuh I fikir budak-budak nih BM ok kot sebab kat rumah memang cakap dua-dua bahasa. Petang-petang pun diorang main dengan budak-budak Melayu dan kitorang baru duk sini setahun setengah je :)

Semalam masa balik dari Riyadh, banyak la masa dalam kereta dah tak tahu buat apa. Jadi, saja-saja lah test budak-budak ni.

ME     :  Abang & adik cuba translate apa mummy cakap dalam Bahasa Malaysia ok? 
              Apa dia "I love to ride my bicycle"
ALYA  : Saya sayang naik basikal saya.

Semua orang dah tergelak masa nih. Atok dia pun bukan main gelakkan cucu. Lepas tuh, cuba tanya Faris pulak. Rasa confident lah dia ok skit dari adiknya sebab dia sempat belajar darjah satu kat mesia & boleh baca buku cerita BM.

ME      :  Faris, apa dia "My house is two stories high"?
FARIS :  Rumah saya ada dua cerita tinggi.

PENGSAN!!!! Nampaknya lepas ni kena la ajar anak-anak  Bahasa Malaysia. Manalah tahu kan, tiba-tiba kena balik Malaysia, taklah diorang malu kat sekolah.

March 31, 2013

VVIP dari Malaya

After waiting for their visa approval for nearly THREE months, the VVIPs are here:) Sebenarnya, my parents nak datang sini jaga cucu-cucu masa kitorg pergi haji. Tapi malangnya tak approve. Terpaksalah jumpa separuh jalan & my parents bawak budak2 nih balik dengan dorang.

December lepas baru kami apply. Kekawan kata kalau lepas musim haji,  2-3 hari visa akan approve. Tapi tunggu punya tunggu, tak dapat2. Kalau tanya kat office manjang kata sedang diproses. Dah dekat tiga bulan baru lah dapat.

Alhamdullillah, my mom's  wishes  was granted a few days after her sweet 16 60 birthday... They have been here for only a week, tapi berat tuan tanah dah naik sekilo! Ini lah jadinya bila chef berbakat ada di rumah:) Dah la my dad rajin lipat kain & mop lantai. Jadi, anaknya duk kembangkan diri ajer ler.

Lagipun, oleh kerana bapaku adalah anak minang sejati, kami serumah siang malam makan nasi:) The truth is, we have been having light dinner since last year as both of us has been gaining quite a lot of weight since we moved to Saudi. Bila ada VVIP kena la ikut selera mereka...kekeke! Takder control2 makan langsung.

Disebabkan kedua-dua tetamu tak suka nak bergambar, kita tempek gambar barang yg dibawa. I beritahu mak yg kitorg tak balik raya tahun ni & suruh dia bawak supply makanan. Sekali, punyalah banyak stok dia bawak.  Macam kami tak mau balik bertahun-tahun:)


Mbak Yuni dengan jayanya dah pack cili kering elok2 utk ganti stok 3 kg yang rosak ari tuh.Pandai siap label beg plastik walaupun ejaan suka hati dia:)


Tapi, benda terbaik yg mak bawak adalah DAGING SALAI yang diimport khas dari Rembau:) Dah lama mengidam bila tengok Kak Sham  selalu masak masak lomak cili api.  Walaupun dapat bawak sekilo aje, jadiklah dari tak der langsung, kan?